awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir anggap Khairy calon terbaik terajui UMNO

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
03/06/2018
12:13 MYT
Dr Mahathir anggap Khairy calon terbaik terajui UMNO
Tun Mahathir membayangkan Khairy (gambar) merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.
Beliau membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.
"Saya rasa Khairy calon terbaik... (jawatan) Presiden UMNO ialah Khairy Jamaluddin," katanya tanpa mengulas lanjut pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan (PH) Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan PH negeri.
Pada 22 Mei lepas, Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan UMNO adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan. Ia termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.
Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, UMNO mengalami kekalahan teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#Khairy Jamaluddin
#Mahathir Mohamad
#menteri
#Pakatan Harapan
#pemuda
#Pemuda UMNO
#presiden
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan