awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir, pemimpin pembangkang bakal tandatangani deklarasi bersama

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2016
03:08 MYT
Tun Mahathir, pemimpin pembangkang bakal tandatangani deklarasi bersama
Dr Mahathir (gambar) dijangka mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan wakil-wakil NGO hari ini. -Gambar fail
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu pertemuan dengan pemimpin pembangkang dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan NGO petang ini.
Ia bakal disusuli dengan sidang media serta menandatangani deklarasi bersama.
Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.
Menurut sumber, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan turut hadir ke sidang media tersebut.
Astro AWANI difahamkan beberapa pemimpin pembangkang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR juga dijangka hadir.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub turut mengesahkan kehadiran beliau dan presiden parti esok.
"Saya dan Mohamad Sabu akan hadir ke majlis tersebut," katanya ringkas.
Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.
Pertemuan dan sidang media itu disifatkan sebagai manifestasi muafakat pelbagai pihak terhadap isu-isu semasa.
Pada Khamis, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata pertemuan dengan Dr Mahathir hari ini bertujuan bagi membentuk muafakat bagi 'menyelamatkan Malaysia' susulan masalah politik semasa negara.
Mengulas lanjut perkara berkenaan, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata ia tidak boleh berasaskan dendam terhadap perdana menteri Datuk Seri NajibTun Abdul Razak tetapi keikhlasan untuk menyelesaikan kemelut politik.
"Bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah.
"Tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," kata Nurul Izzah.
Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan beliau akan turut serta dalam pertemuan tersebut atas kapasiti peribadi.
"Saya tetap akan sertai deklarasi meskipun PAS telah menyatakan mereka tidak akan terlibat. Kehadiran saya tidak mewakili parti tetapi sebagai rakyat Malaysia," katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Dr Mahathir sebelum ini mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda bantahannya terhadap kepimpinan Najib yang didakwanya bersikap kuku besi.
Anda juga boleh mengikuti siaran langsung sidang media Tun Mahathir menerusi Facebook Live Session Astro AWANI petang ini.
Topic Berkaitan
#deklarasi bersama
#Dr Mahathir
#Muhyiddin
#Najib Razak
#Nurul Izzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan