Dr Mahathir terima semula jawatan Pengerusi BERSATU - Marzuki

Astro Awani
Februari 27, 2020 05:34 MYT
Isnin lalu, Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, selain meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. - Gambar fail
Perrdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), hari ini.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya.
Bagaimanapun memetik akhbar Harian Metro, perkembangan lanjut berhubung perkara itu akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.
Isnin lalu, Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi BERSATU, selain meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sebelum ini juga dilaporkan ahli BERSATU memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk menarik kembali keputusan mengejutkan itu, sekali gus kembali menerajui parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Astro AWANI ketika ini sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak BERSATU berhubung perkara ini.
#Bersatu #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Perdana Menteri Interim