Dua ahli PKR dari Pahang dipecat berkuat kuasa serta-merta hari ini setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu, pada tahun lepas.
Pemecatan Ketua Cabang PKR Bera Zakaria Abdul Hamid iaitu seorang daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan ahli PKR negeri Pahang Ismail Dulhadi diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim selepas mesyuarat bulanan PKR, di ibu pejabat PKR pada Ahad.
Menurut Ahmad, Lembaga Disiplin PKR sebelum ini menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 23 Okt berkenaan salah laku berkenaan.
"Setelah berlaku perbincangan (dalam mesyuarat bulanan hari ini) yang panjang dan mendapati terdapat perakuan daripada SPRM, supaya parti mengambil tindakan kepada mereka kerana wujud kesalahan dalam salah laku rasuah," katanya.
Turut hadir Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Ahmad berkata sebagai sebuah parti yang konsisten berjuang untuk membasmi salah laku rasuah dalam kerajaan dan semua peringkat, tindakan itu perlu dilakukan untuk memberikan mesej yang jelas kepada seluruh anggota serta masyarakat bahawa parti tidak akan berkompromi perlakuan itu.
"Oleh itu, MPP hari ini membuat keputusan untuk memecat keanggotaan (Zakaria dan Ismail) yang telah disyorkan oleh Lembaga Disiplin PKR," katanya.
Tambahnya, mengikut prosedur parti, mereka berhak untuk mengemukakan rayuan kepada keputusan pemecatan itu, bagaimanapun beliau enggan memperincikan tentang kes melibatkan Zakaria dan Ismail kerana ia masih dalam siasatan SPRM serta sulit.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata seramai 2,615 perwakilan daripada 221 cabang parti itu layak menghadiri Kongres Nasional PKR yang akan diadakan di Melaka pada 5 Dis ini.
Bagaimanapun beliau berkata, cabang Tanjung Manis, Sarawak yang sepatutnya bermesyuarat pada tiga minggu lepas, telah dikenakan injunksi mahkamah berikutan permohonan ahli, untuk menghalang pemilihan parti daripada diadakan.
"Sehubungan itu PKR telah mengemukakan permohonan untuk mengetepikan perintah itu dan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Sarawak menetapkan 28 Nov ini sebagai tarikh pendengaran.
"Asas permohonan kita mengetepi perintah mahkamah tersebut ialah berasaskan Akta Pertubuhan 18C dan perlembagaan PKR iaitu anggota parti tidak boleh membawa perkara parti ke mahkamah.
"Jika sekiranya keputusan berpihak kepada PKR, maka mesyuarat Tanjung Manis diteruskan dan sasaran kita untuk mencapai 222 cabang berdaftar akan tercapai," katanya.
Dalam kenyataan medianya di Kuantan, Zakaria mendakwa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pertuduhan disiplin yang membawa kepada pemecatan dirinya daripada parti hari ini.
Beliau juga berkata hanya mengetahui mengenai pemecatan itu menerusi hebahan media pada petang ini.
"Tindakan tersebut (pemecatan) jika benar, adalah tanpa melalui proses memanggil saya untuk membela diri seperti mana biasanya dilakukan oleh mana-mana badan politik yang berkanun.
"Bagaimanapun, saya akan memaklumkan tindakan lanjut selepas mendapat penjelasan rasmi daripada pihak ibu pejabat parti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019
Pemecatan Zakaria (gambar) dan Ismail diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim selepas mesyuarat bulanan PKR, di ibu pejabat PKR. - Bernama
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
'Individu didakwa direkrut Mossad bukan ahli PKR'
PKR menafikan dakwaan tular yang menyatakan bahawa individu dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad merupakan ahli parti itu.
Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, sekiranya Majlis Presiden PH mencapai kata persetujuan untuk beliau pergi, beliau tidak akan membantah.
Anwar pertahan tindakan PKR pecat dua ahli, namun ruang rayuan perlu ada
Anwar Ibrahim anggap tindakan pemecatan ke atas dua ahli parti berhubung penyelewengan adalah tepat, namun ruang untuk mereka buat rayuan harus diberikan