awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Terengganu ditangguh selepas 3 jam bersidang secara aman

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/08/2016
06:02 MYT
DUN Terengganu ditangguh selepas 3 jam bersidang secara aman
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman meneliti soalan serta usul bertulis sebelum Sidang Dewan Undangan Negeri bermula di Wisma Darul Iman hari ini. - Foto Bernama
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berlangsung aman selepas persidangan itu berlangsung tiga jam di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Speaker DUN, Datuk Mohd Zubir Embong menangguhkan persidangan jam 12.30 tengah hari selepas Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman mengemukakan usul penangguhan usai kesemua aturan mesyuarat.
Seramai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kecuali anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir berikutan berada di Turki.
BACA: DUN Terengganu mula bersidang, kawalan keselamatan diperketat
Perjalanan persidangan yang berakhir tanpa kejadian yang tidak diingini itu sekaligus menafikan khabar angin kononnya akan berlaku rombakan DUN, lompat parti termasuk usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
Ketika ditemui media selepas persidangan ditangguhkan, Ahmad Razif berkata kemelut politik Terengganu telah berakhir.
"Seperti mana yang saya sebut sebelum ini, insyaAllah saya kena yakin bahawa persidangan ini tidak ada apa-apa permasalahan dan keadaan politik di Terengganu sudah selesai (dan) tidak ada masalah.
"Ada sedikit sebanyak perkara. Yang ini InsyaAllah kita boleh selesaikan. Jadi saya tak nampak ada masalah.
Jelasnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pentadbiran beliau akan terus memperjuangkan agenda pembangunan rakyat.
"Yang penting sekarang ini kita nak bergerak ke hadapan untuk memastikan bahawa agenda pembangunan rakyat itu perlu diberi keutamaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN)
#Mohd Zubir Embong
#Wisma Darul Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan