Kesemua enam calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akur dengan kekalahan mereka kepada calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesemuanya turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada mereka meskipun ada dalam kalangan calon, pertama kali menyertai pilihan raya.
Calon bebas yang juga pakar perunding pengurusan, Kan Chee Yuen menyifatkan kemenangan Ketua Umum PKR itu memang sudah diduga manakala bekas pensyarah universiti swasta dan merupakan satu-satunya calon wanita, Lau Seck Yan, akur dan menghormati keputusan yang dibuat pengundi Port Dickson.
"Tahniah kepada semua calon yang bertanding... ini semangat demokrasi yang diperjuangkan...semua datang (bertanding) atas dasar untuk berkhidmat kepada rakyat dan membina negara yang lebih baik," katanya ketika ditemui di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, di sini, malam tadi.
Calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar pula berpandangan keputusan PRK parlimen itu yang tidak memihak kepadanya merupakan perintis kepada permulaan kerjasama Pas dan UMNO dalam blok pembangkang.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang bertanding atas tiket Bebas ketika dihubungi Bernama juga menerima keputusan yang dibuat pengundi Port Dickson dengan tangan terbuka.
"Terima kasih juga pada mereka yang mengundi saya dan saya juga mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangannya," katanya.
Bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerusi kenyataan hari ini menyifatkan kekalahannya adalah sebagai permulaan kepada kejayaan peribadinya sebagai calon Bebas meskipun tidak dipilih menjadi wakil rakyat.
Sementara personaliti media sosial, Stevie Chan Keng Leong pula mengharapkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dapat memberi sumbangan positif di kawasan berkenaan serta menegakkan agenda Pakatan Harapan dan menunaikan harapan yang diberikan rakyat.
Pada PRK itu, Anwar, 71, memperoleh 31,016 undi, menewaskan Mohd Nazari (7,456 undi) dan lima calon Bebas; Saiful Bukhari (82 undi); Mohd Isa (4,230 undi); Lau (214 undi); Stevie Chan (337 undi) dan Kan (154 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 13 2018
Pertandingan tujuh penjuru di PRK Parlimen Port Dickson mencatat sejarah yang tersendiri. --fotoBERNAMA / Fail
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.