awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR

Bernama
Bernama
12/05/2018
21:27 MYT
Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR
Zuraida (tengah) bersama barisan pemimpin politik Sarawak menunjukkan borang keahlian PKR setelah bertindak menyertai parti itu selepas sidang akhbar di Hospital Rehabilitasi Cheras, 12 Mei, 2018. --fotoBERNAMA
Enam pemimpin politik Sarawak termasuk dua anggota Parlimen Bebas yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada Sabtu menyertai PKR.
Dua anggota Parlimen tersebut adalah Larry Sng Wei Shien (Parlimen Julau) dan Jugah Muyang (Parlimen Lubuk Antu).
Turut menyertai parti berkenaan bekas timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.
Perkara itu diumumkan Ketua Wanita PKR, yang juga anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin setelah secara rasmi menerima borang keahlian mereka yang ditunjukkan kepada pemberita di sini.
"Kesemua mereka termasuk dua Anggota Parlimen Bebas secara rasmi sertai PKR dan telah menyerahkan borang keahlian," katanya pada sidang media di sini yang turut dihadiri oleh enam pemimpin politik itu.
Tiga lagi yang menyertai PKR adalah Datuk Sylvester Entri Muran, bekas menteri muda, Robert Lingga Mangge dan H. Khoo.
"Akan ada lagi pemimpin parti lain yang akan menyertai kita," kata Zuraida.
Pada PRU14, Rabu lalu, PKR memenangi empat kerusi Parlimen di Sarawak iaitu Miri, Selangau, Saratok dan Puncak Borneo.
Penyertaan anggota Parlimen Lubuk Antu dan Julau itu menjadikan jumlah kerusi Parlimen PKR di Sarawak adalah enam kerusi dan keseluruhan jumlah kerusi Parlimen PKR adalah 51 kerusi.
Sementara itu, Jugah berkata beliau membuat keputusan menyertai PKR kerana ia merupakan platform yang paling kukuh untuk menyampaikan suara rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Bebas
#borang keahlian
#Joseph Entulu Belaun
#Jugah Muyang
#Larry Sng Wei Shien
#lompat parti
#pilihan raya umum
#PKR
#politik
#PRU14
#Sarawak
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan