awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Era UMNO 'menanggung' MCA sudah berakhir" - Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2018
10:29 MYT
"Era UMNO 'menanggung' MCA sudah berakhir" - Annuar Musa
Annuar (kiri) menyifatkan kenyataan Ka Siong sebelum ini sebagai memijak kawan apabila terjatuh.
Era UMNO 'menanggung' MCA sudah berakhir, tegas Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
"Apakah MCA lupa sejak PRU13, MCA telah di serang 'angin ahmar' dan hilang upaya? Namun, kita tetap 'mengendong' MCA.
"Mereka diberi tempat yang empuk dalam kerajaan dengan harapan mereka pulih. Walaubagaimanapun, apa yang terjadi? Bukan sahaja MCA tidak pulih, malah mereka hilang upaya sama sekali," kata Annuar dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, MCA bukan sahaja gagal dengan rakyat, malah gagal menawan hati ahli mereka sendiri.
Annuar mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang dilaporkan berkata era MCA 'menanggung kesalahan' UMNO sudah tamat.
Tambah Annuar lagi, UMNO tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang kegagalan rakan parti komponen kerana menghormati rakan.
"Namun, kenyataan Timbalan Presiden MCA itu adalah memijak kawan apabila terjatuh," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#ketua penerangan
#MCA
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan