awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor perlu letak jawatan

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2017
12:57 MYT
Exco Pas dalam kerajaan PKR Selangor perlu letak jawatan
Guan Eng berkata, adalah tidak betul untuk Pas berada dalam kerajaan negeri dan meneruskan kerjasama sedangkan parti itu tidak lagi boleh bersama. - Gambar fail
Exco Pas di Selangor perlu melepaskan jawatan dalam pentadbiran Kerajaan PKR Selangor selepas parti itu membuat keputusan memutuskan hubungan dengan PKR.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan telah meminta tiga ahli Exco PAS Selangor untuk melepaskan jawatan mereka.
Justeru, katanya, secara prinsip Pas perlu berbuat demikian sekaligus membuktikan mereka parti bermaruah dan bukan 'oportunis' sebagaimana dakwaan Barisan Nasional ( BN) .
Guan Eng berkata, adalah tidak betul untuk Pas berada dalam kerajaan negeri dan meneruskan kerjasama sedangkan parti itu tidak lagi boleh bersama.
"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.
"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), Pas oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya di sini hari ini.
Ujarnya, tindakan sedemikian hanya, menunjukkan Pas sudah 'terkeliru' malah tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR baru-baru ini.
Khamis lepas, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengumumkan Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara serta-merta.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#DAP
#letak jawatan
#Lim Guan Eng
#PAS
#PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan