awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Exco Perak, Hasnul menangis teresak-esak tinggalkan pejabat

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/03/2020
05:17 MYT
Exco Perak, Hasnul menangis teresak-esak tinggalkan pejabat
HASNUL: Apa yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri. - Foto Astro AWANI
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menangis apabila mengetahui kemungkinan terpaksa keluar dari pejabatnya susulan perkembangan politik yang berlaku di Putrajaya.
ADUN Titi Serong itu dilihat menangis teresak-esak dan tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa menurunkan gambarnya sendiri di pejabat itu.
“Saya rasa saya mempersiapkan diri saya untuk menerima keadaan yang akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Saya datang sini untuk kemas barang-barang saya. Namun yang paling sedih saya terpaksa turunkan gambar saya sendiri iaitu gambar saya menerima watikah sebagai exco kerajaan negeri,” katanya semasa ditemui media di pejabatnya di Bangunan SUK Perak di sini pada Selasa.
Malah katanya, beliau masih mahu berkhidmat untuk rakyat Perak.
“Saya masih belum puas untuk berkhidmat kepada rakyat Perak. Saya exco penerangan dan kerap berjumpa masyarakat.
“Antara yang paling menyentuh hati saya ialah program santai bersama rakyat bawahan. Dari situlah saya dapat lihat apa rakyat Perak mahu selama ini,” katanya lagi.
Tegasnya dalam kehidupan perlu ada prinsip dan kebenaran yang perlu ditegakkan.
Topic Berkaitan
#Adun Titi Serong
#exco Perak
#Hasnul Zulkarnain Abd Munaim
#kerajaan
#Malaysia 2020
#menangis teresak-esak
#MY2020
#politik
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan