awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadillah dilantik semula Menteri Kerja Raya

Bernama
Bernama
09/03/2020
12:04 MYT
Fadillah dilantik semula Menteri Kerja Raya
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, menyandang jawatan itu semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara pada 2013 hingga 2018. - Foto Bernama
Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik semula sebagai Menteri Kerja Raya dalam Kabinet citra baharu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Fadillah, 57, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, menyandang jawatan itu semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara pada 2013 hingga 2018.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 2008.
Semasa beliau menerajui Kementerian Kerja Raya, projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,089 kilometer merentasi Sarawak dan Sabah dilaksanakan pada 2015.
Fadillah, yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), dilihat menyambung legasi bapanya Allahyarham Yusof Merais yang merupakan pejuang ketika era antipenyerahan Sarawak kepada Kolonial British pada 1946.
Perjuangannya membela rakyat bermula semasa berkhidmat sebagai peguam setelah memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya pada 1986 dan diteruskan apabila menyertai politik sebagai ahli PBB pada 1989.
Bapa kepada lima cahaya mata ini buat pertama kalinya bertanding kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 sebelum mempertahankan kerusi itu pada PRU2008, PRU2013 dan PRU2018.
Fadillah pernah mewakili Ahli Parlimen Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dilantik sebagai Pengerusi Institusi Masyarakat (Wanita dan Kaukus Gender).
Beliau turut mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Persatuan Parlimen Antara Asia dan menjadi ahli perwakilan untuk Seminar Sosial Antarabangsa di Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Fadillah Yusof
#Fadillah Yusof
#kerajaan
#Menteri Kerja Raya
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan