Sekiranya pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah negara, sudah pasti kerajaan akan didominasi DAP biarpun siapa Perdana Menterinya.
Ini, menurut tokoh UMNO, kerana DAP parti terkuat dalam pakatan pembangkang serta tidak memerlukan parti lain untuk menang kerusi dalam pilihan raya. Sebaliknya rakan sekutu, PKR dan Parti Amanah Negara lebih memerlukan DAP untuk menang.
Jika UMNO kuat di kawasan majoriti orang Melayu, DAP pula kuat di kawasan majoriti Cina, kata pemimpin UMNO kepada Bernama.
Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 menyaksikan persaingan sengit antara UMNO dan DAP, yang menyaksikan UMNO menang 78 kerusi Parlimen dalam PRU12, dan DAP 28.
Pada PRU13, UMNO menang 88 kerusi dan DAP 38. Ini menjadikan DAP parti kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO.
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpendapat pertembungan UMNO dan DAP pada pilihan raya umum akan datang bukan disebabkan faktor perkauman tetapi kerana ideologi sekular DAP yang tidak sesuai dengan ideologi negara.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 menegaskan PRU14 adalah penentuan sama ada keindukan kerajaan pimpinan UMNO dikekalkan atau memilih kerajaan baharu yang diterajui DAP.
Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan bumiputera, berdepan persimpangan paling genting dalam sejarah politik negara untuk membuat keputusan antara dua pilihan tersebut.
Shahrir berkata apa yang dibimbangkan ialah mengenai tafsiran Perlembagaan Persekutuan termasuk hak-hak keistimewaan orang Melayu kelak bergantung kepada mereka yang dipilih untuk berkuasa, selepas Barisan Nasional.
"Kalau tak pun dibuangkan peruntukan dalam Perlembagaan, dia boleh mengurangkannya, boleh buat tafsiran sendiri atau pun kurangkan penekanan dan sebagainya," katanya.
Anggota Parlimen Johor Bahru itu menegaskan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO selama pemerintahannya berjaya memartabatkan syiar Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi persekutuan, tanpa menghalang amalan agama lain di negara ini.
"Kalau kita tengok kepada adat dan kepercayaan orang bukan Melayu umpamanya masyarakat Cina, amalannya berjalan dengan baik berbanding dengan Singapura dan Taiwan, semuanya itu (amalan agama) dikawal malah ada yang terus dihapuskan," katanya.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata rakyat tidak mempunyai pilihan jika mahu melihat negara dalam keadaan yang bersatu padu dan aman damai kecuali dengan memilih BN sebagai kerajaan.
Untuk itu, katanya, orang Melayu perlu melihat DAP dari sudut yang lebih luas mengenai perjuangan yang dibawanya yang tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu khususnya.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata perubahan besar akan berlaku dalam model politik negara yang dibawa kerajaan berindukkan UMNO, sekiranya pemerintahan akan datang dikuasai DAP.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata saingan hebat daripada DAP itu telah memperkuat lagi iltizam UMNO untuk menawan hati pengundi khususnya di luar parti.
"Oleh itu program bagi menarik sokongan rakyat kepada UMNO perlu diperhebat seperti melalui kempen secara bersemuka dan media sosial," katanya.
Naib Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan pula berpesan kepada orang Melayu dan kaum lain di luar bahawa "belum ada lagi parti yang benar-benar memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan kaum lain kecuali UMNO dan BN".
"Kita tak mahu perjuangan nenek moyang kita sebelum ini...hilang semua. Jadi fikir-fikirlah...ini bukan masa untuk mencuba-cuba tapi inilah masa depan bangsa Melayu sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2016
DAP secara jelas merupakan parti kedua terkuat selepas UMNO. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).