Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menafikan pembabitannya dalam parti baharu bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas namanya tersenarai antara barisan kepemimpinan tertinggi parti itu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk Facebook dan Twitter semalam.
"Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalam penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan.
"Saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat dalam politik. Saya sememangnya dan akan senantiasa menjadi seorang profesional," kata Abdul Gani menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama.
Senarai barisan kepemimpinan tertinggi parti politik baharu yang dikatakan bakal dibentuk Dr Mahathir antara lain menyenaraikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai presiden manakala bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai timbalannya.
Sementara naib presiden terdiri daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Rafidah Aziz turut dinamakan sebagai bendahari dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memegang jawatan setiausaha agung.
Abdul Gani disenaraikan sebagai ahli Majlis Tertinggi, yang turut dibarisi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar; bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Selain Abdul Gani, beberapa pemimpin lain termasuk Abdul Wahid, Ibrahim, Rafidah dan Khairuddin dilapor turut menafikan pembabitan mereka dalam parti itu dengan menyifatkan penyenaraian nama mereka sebagai sesuatu yang karut, palsu dan mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang kurang bijak serta berhati jahat.
Pada Khamis lepas, Dr Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Bernama
Sun Jul 17 2016
GANI: Pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalan penubuhan parti baharu itu baru-baru ini adalah palsu dan satu pembohongan. - Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Akaun UMNO, parti politik dibekukan - Pasukan Petugas Khas 1MDB
Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik.
Mesyuarat pertama Pasukan Khas Siasatan 1MDB diadakan esok
Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang dibentuk hari ini dijangka memulakan mesyuarat pertama esok.
Gani Patail nafi terlibat dalam parti baharu ditubuh Dr Mahathir
Bekas Peguam Negara itu berkata pengeluaran senarai nama individu yang dikatakan terlibat dalam penubuhan parti baharu itu adalah palsu dan satu pembohongan.
Saya ok, jalani dialisis tiga kali seminggu - Abdul Gani
Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selepas ditanya mengenai tahap kesihatannya oleh orang awam
Rasuah: 'Jangan sampai kapal tenggelam'
Kerja sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini kita sendiri yang pilih. Sebenarnya tugas sebagai pegawai SPRM ini amat berat.
'Morais bukan calang-calang Pendakwaraya' - Adik
Berita kematian Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara Kevin Anthony Morais disifatkan sebagai sesuatu yang merugikan, kata rakan sekerja, majikan dan ahli keluarganya.
Pemecatan Gani Patail perlu dibuat secara sah, kata Gobind Singh
Kerajaan perlu menjelaskan pemecatan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada jawatan Peguam Negara -- apakah dibuat secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya
Pelbagai persoalan timbul daripada rombakan Kabinet, penamatan perkhidmatan Peguam Negara dan kesannya ke atas hala tuju siasatan PAC ke atas 1MDB.
Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia
Blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata kontroversi yang dicetuskan oleh The Wall Street Journal merupakan ujian tekanan ke atas badan kehakiman negara.
Akta Hasutan: Kenapa semak selepas tuduh?
Sesetengah pihak mempersoalkan kenapa Peguam Negara hendak menyemak semula kes Azmi Sharom dan beberapa kes lain yang tidak beliau namakan.