awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gerakan #UndiRosak ini orang UMNO dan BN yang buat, dakwa Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/01/2018
06:21 MYT
Gerakan #UndiRosak ini orang UMNO dan BN yang buat, dakwa Tun M
Tun Dr Mahathir mendakwa, #UndiRosak merupakan perang saraf yang dilakukan oleh UMNO dan BN sendiri. - Astro AWANI / Shahir Omar
Gerakan memboikot pilihan raya yang dikenali sebagai #UndiRosak, merupakan perang saraf yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri, dakwa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, pihak BN sengaja menggunakan taktik ‘reversed psychology’ (psikologi terbalik) seperti itu, dan membiarkan ianya tular di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya golongan muda, kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka.
“Masalahnya, UMNO dan BN cuba nak cari kemenangan dengan mengelirukan rakyat, ambil hak mereka semasa pilihan raya dengan mendakwa, kalau undi (Pakatan Harapan), hanya akan mengakibatkan masalah yang sama,” katanya kepada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
#UndiRosak bukan protest kpd BN atau kpd PH, movement ini muncul kerana kedua-duanya tiada beza, penuh retorik. https://t.co/v155CUxBhe
— Edy Noor Reduan (@edyesdotcom) January 23, 2018
#UndiRosak adalah pengajaran kepada parti pembangkang. Selepas itu, pemerintah zalim berkuasa semula. Jadi apa perubahan yang dibuat. Sokong #TurunUndiGE14. Tak kira parti mana pun, asalkan bukan BN.
— anas (@anas11557800) January 22, 2018
#UndiRosak - should we do it?
— Amir Aatieff (@altiveq) January 22, 2018
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan gerakan #UndiRosak dimulakan oleh segelintir orang muda di laman sosial media, atas alasan, menolak penamaan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pilihan Pakatan Harapan.
Mesej yang disampaikan, Dr Mahathir merupakan ‘bapa’ kepada kemusnahan yang berlaku di negara ini sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, dan menaikkannya semula ibarat mencari nahas.
Sementara itu, Ketua Sekretariat Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang media yang sama mendakwa peratusan keluar mengundi yang tinggi kebiasaannya akan memberi impak negatif kepada BN, seperti mana yang terjadi pada PRU 2008 dan 2013.
“Disebabkan faktor itu, mereka (UMNO dan BN) galakkan orang supaya tak keluar mengundi,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#MalaysiaMemilih
#media sosial
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#Putrajaya
#Saifuddin Abdullah
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#UMNO
#undirosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan