awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gesaan henti undang Tun M boleh diselesai cara baik - Azmin

Bernama
Bernama
08/11/2017
23:27 MYT
Gesaan henti undang Tun M boleh diselesai cara baik - Azmin
Mohamed Azmin mengulangi ketegasan supaya penyelesaian itu dibuat secara bersopan tanpa melibatkan mana-mana media. -Gambar fail
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan gesaan pihak tertentu supaya beliau berhenti mengundang Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada menghadiri sebarang program di negeri itu boleh diselesaikan secara baik.
Beliau yang ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu mengulangi ketegasan supaya penyelesaian itu dibuat secara bersopan tanpa melibatkan mana-mana media.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan yang dikemukakan sebagai usul oleh Datuk Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) kepada persidangan DUN supaya melarang Dr Mahathir turut serta dalam sebarang aktiviti kerajaan Selangor termasuk menghalang penggunaan sebarang premis milik kerajaan negeri namun ditolak Speaker DUN Hannah Yeoh Tseow Suan.
Ketika ditanya mengenai tindakan ADUN BN yang akan menghantar memorandum untuk perhatian pihak Istana Selangor mengenai gesaan tersebut esok, Mohamed Azmin berkata mana-mana pihak bebas berbuat demikian sejajar dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Terdahulu, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Abdul Shukor atas alasan isu berkenaan bukan perkara yang perlu disegerakan.
Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti-parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Okt lepas cuba mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mungkin berasal daripada lanun Bugis.
Ekoran kenyataan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang terdiri daripada salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor berasal dari Bugis, menzahirkan rasa murka dan amat kecewa dengan kata-kata itu yang dilihat sebagai cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap Bangsa Bugis.
Perkara itu turut mendapat reaksi Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang mengaku tersinggung dan berasa terhina dengan kenyataan tersebut.
Beberapa pihak yang mewakili masyarakat Bugis di Malaysia sebelum ini turut menuntut Dr Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka.
Persidangan DUN Selangor bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan