awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Guan Eng ibarat peluru kosong," kata Abdul Hadi

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2015
05:06 MYT
"Guan Eng ibarat peluru kosong," kata Abdul Hadi
Tambah Abdul Hadi, PAS sebenarnya mengambil kira kepentingan semua kaum yang ada di Malaysia. -Gambar fail
Serangan yang dilakukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan negeri dianggap sesuatu yang tidak kena pada tempatnya dan tidak berasas, lebih-lebih lagi apabila Guan Eng sendiri tidak memahami perkara yang dikatakannya.
“Saya menganggap itu peluru kosong, tak kena sasaran pun,” ujar Abdul Hadi dalam sebuah wawancara bersama media pada Jumaat.
Tambah Abdul Hadi, PAS sebenarnya mengambil kira kepentingan semua kaum yang ada di Malaysia dan bukannya pada satu-satu kaum tertentu.
“DAP nampaknya menjaga kepentingan satu kaum saja iaitu orang bukan Islam dan tidak ambil hati orang Islam yang merupakan 60 peratus daripada populasi penduduk. Itu dia kena sedar.
“Orang Islam jangan diapa-apakan kedudukan mereka. Usul yang kita bawa ini tidak menyentuh orang bukan Islam. Mengapa dia timbulkan isu ini?” kata Ahli Parlimen Marang itu.
Menurut beliau, PAS mahu mendahulukan orang Islam dalam aspek dan ruang yang membolehkan tuntutan syariat dilaksanakan. Itu menurutnya, boleh menjadi contoh kepada orang bukan Islam untuk menilai sendiri tentang Islam.
“Adakah dia takut apabila kita hendak tunjukkan kepadanya mengenai Islam? Jangan takut,” kata Abdul Hadi.
Pada 24 Mac lalu, Guan Eng memberitahu mahu memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama dengan Presiden PAS kerana bertindak secara tidak jujur dan bermaruah dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi secara efektif itu akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.
Sehubungan itu, Guan Eng berkata DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.
“Yang menentukan maruah saya bukan dia. Rakyat yang tentukan maruah saya. Alhamdulillah saya dapat tentukan maruah saya pegangan saya dengan Islam,” ujar Abdul Hadi.
Tambah beliau, PAS boleh memberikan kerjasama dengan semua pihak dalam Pakatan Rakyat, namun kerjasama tersebut bergantung kepada Perlembagaan dan hala tuju perjuangan PAS.
Abdul Hadi turut mengingatkan rakan gabungan pakatan tersebut bahawa sebelum ini telah dipersetujui bahawa setiap parti mempunyai dasar-dasar yang berbeza.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi
#DAP
#Lim Guan Eng
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan