awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi Awang akan hadiri mesyuarat PR - Mustafa Ali

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
08/02/2015
06:22 MYT
Hadi Awang akan hadiri mesyuarat PR - Mustafa Ali
MUSTAFA: Hadi akan menghadiri mesyuarat itu pada 2:30 petang nanti - Foto Astro AWANI
Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan presidennya Datuk Seri Hadi Awang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada petang ini.
"Hadi akan menghadiri mesyuarat itu pada 2:30 petang nanti dan beliau pun sudah berada di bangunan PAS ini," kata beliau kepada media di pintu hadapan bangunan PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu dijangka membincangkan beberapa perkara berbangkit antaranya mengenai Hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan dan Pilihan Raya PBT yang mahu diadakan oleh DAP di Pulau Pinang
Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat PAS di sini.
Beliau berkata mesyuarat PAS pagi tadi hanyalah sebuah mesyuarat yang biasa.
Pada jam 1:57 petang, kelihatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki bangunan PAS itu untuk menghadiri mesyuarat itu.
Khamis lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dilaporkan sebagai wakil dari partinya hanya akan menyertai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sekiranya Abdul Hadi hadi ke mesyuarat tersebut.
Alasan yang diberikan, kerana DAP tidak mahu pemimpin PAS membuat sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan Pakatan Rakyat selepas mesyuarat itu.
Topic Berkaitan
#HADI AWANG
#Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat
#Mustafa Ali
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan