Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat berikutan langkah parti itu untuk bertanding sendirian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Beliau mendakwa tindakan PAS untuk tidak bersama-sama Pakatan Harapan itu dibuat semata-mata bagi memecahkan undi pembangkang yang secara tidak langsung akan memenangkan atau membantu Barisan Nasional memenangi PRU14.
Bercakap pada sidang media bersempena pelancaran 'Harapan Baru: Policy Talks' di sini, Dr Mahathir mendakwa PAS tidak mempunyai kekuatan untuk memenangi banyak kerusi jika bertanding sendirian dan Abdul Hadi maklum mengenainya tetapi sengaja berbuat demikian untuk membantu BN.
Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata PAS mahu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen pada PRU14.
Dr Mahathir juga menyifatkan Abdul Hadi sengaja mengkafirkan diri sendiri kerana bekerjasama dengan UMNO, satu amalan yang didakwanya bertentangan dengan 'Amanat Haji Hadi' yang menjadi ikutan pengikut PAS sejak dilafazkannya pada 1981.
Dalam pada itu, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata status sama ada mesyuarat agung tahunan (AGM) PPBM Sabtu lepas mengikut perlembagaan parti atau sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
"Setakat ini RoS tidak kata apa-apa," katanya mengulas tindakan Ketua Bahagian PBBM Temerloh Amerus Che Onn yang semalam membuat aduan kepada RoS untuk menyiasat kesahihan AGM tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2018
Dr Mahathir juga menyifatkan Abdul Hadi sengaja 'mengkafirkan' diri sendiri kerana bekerjasama dengan UMNO. - Astro AWANI
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.