Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengambil langkah tunggu dan lihat apabila diminta memberi komen berkaitan parti baharu yang akan ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu hak dan keputusan beliau untuk berbuat demikian. Saya tak perlu ulas.

"Apa yang saya dengar, parti itu itu tidak akan terikat dengan mana-mana parti campuran Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

BACA: Tun Mahathir umum akan tubuh parti Melayu baharu

"Tetapi saya ada dengar untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, beliau minta bekerjasama dengan PH.

"Jadi kita tengoklah macam mana," kata Anwar ringkas.

Ditanya jika PH bersedia menerima parti baharu berkenaan sebagai komponen, ini jawapan Anwar.

"Beliau kena buat permohonan dululah. Baru kita boleh pertimbangkan.

"Setakat ini tak ada permohonan," ujarnya.