awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya logo PKR sesuai digunakan untuk wakili Pakatan Harapan - Penganalisis

Firdaus Azil
Firdaus Azil
28/02/2018
10:34 MYT
Hanya logo PKR sesuai digunakan untuk wakili Pakatan Harapan - Penganalisis
Berbanding tiga parti yang lain, PKR sebuah parti yang bersifat multiracial, dan ianya juga diterima sebahagian besar masyarakat Malaysia
Hanya ada satu sahaja logo parti komponen yang sesuai digunakan Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya umum akan datang, iaitu logo Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata penganalisis politik Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.
Katanya lagi, ini berdasarkan realiti politik semasa iaitu logo itu perlu membawa bersama ideologi bahawa ia merentasi sentimen bangsa, dan perlu terbuka kepada semua.
“Jadi kita lihat daripada empat parti, yang menonjol sekali ialah PKR. Mengapa? sebab ia sebuah parti yang bersifat multiracial (berbilang kaum), dan ianya juga diterima sebahagian besar masyarakat Malaysia, atau kita lihat sudah berakar umbi lebih lama iaitu sejak 1999,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Awang Azman berkata, logo Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak begitu sesuai digunakan memandangkan ianya sebuah parti yang baru dan memegang prinsip berteraskan Islam, walaupun dikatakan lebih terbuka berbanding parti asalnya iaitu PAS.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula, menurutnya, juga sebuah parti yang baru, namun lebih ke arah menjaga kepentingan kaum Melayu sahaja.
Apatah lagi DAP, sebuah parti yang walaupun mendakwa mereka berbilang kaum, tetapi masih dihinggapi persepsi bahawa ia didominasi oleh kaum Cina, tambah Awang Azman.
“Kalau digunakan logo DAP pasti pencapaian PH akan lebih teruk lagi berbanding 2013. Prestasi mereka akan merudum walaupun DAP ini lebih lama kewujudan (berbanding ketiga-tiga parti komponen lain),” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Cina
#DAP
#Malaysia
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Melayu
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#politik
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan