Tutup

Hari terakhir kempen kritikal untuk BN tangani propaganda DAP - KJ

Hari terakhir kempen kritikal untuk BN tangani propaganda DAP - KJ
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, Barisan Nasional perlu berhati-hati dengan permainan perang saraf Pakatan Harapan. - Gambar fail/Astro AWANI
TANJUNG PIAI: Kehadiran memberangsangkan di setiap ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterjemahkan sebagai undi pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 Novermber ini, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, dalam tempoh empat hingga lima hari terakhir ini, BN perlu berhati-hati dengan permainan perang saraf Pakatan Harapan, yang jika tidak ditangani dengan betul, akan menjejaskan peluang untuk merebut kembali kerusi Parlimen itu.
“Mungkin kita boleh melihat sedikit movement di kalangan masyarakat Cina di Tanjung Piai dan saya harap begitu.

“Dari segi kehadiran ceramah Alhamdulillah bagus, tapi seperti yang saya sebutkan tadi jangan kita terlalu yakin, jangan kita leka atau overconfident, dan anggap kehadiran ceramah ini dapat ditafsirkan dalam bentuk undi, sebab itu empat lima hari ini sangat penting terutamanya kita menangani propaganda perkauman DAP,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas selesai memberi ceramah bersama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di sini, malam ini.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda BN itu berkata, di sebalik tuduhan DAP bahawa UMNO dan Pas cuba memainkan sentimen perkauman, ternyata ia adalah sebaliknya.

“Dia (DAP) tuduh UMNO cuba memainkan sentimen perkauman padahal sebenarnya dia yang mainkan sentimen perkauman.

“Sedangkan UMNO dan Pas sekarang ini cuba bawa pendekatan dengan sederhana, cuba membawa pendekatan inklusif di bawah Muafakat Nasional, tetapi mereka (DAP) cuba menyebarkan sentimen kebencian berdasarkan kaum,” katanya lagi.



Tag: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, PRK Tanjung Piai, pilihan raya kecil, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, BN, bekas Ketua Pemuda BN, Muafakat Nasional, sentimen perkauman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.