Majlis Syura Ulamak PAS memilih bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, lapor Harakahdaily.
Dalam mesyuarat yang diadakan hari ini (Ahad) Majlis Syura Ulamak PAS sebulat suara memilih dan melantik Hashim sebagai Mursyidul Am.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh dilaporkan berkata, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.
Nik Muhammad Zawawi menjelaskan, Ahmad Yakob dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.
"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," Nik Muhammad Zawawi dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.
Katanya, pelantikan Hashim juga turut dicadangkan sendiri oleh Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan.
Astro Awani
Sun Oct 09 2016
Pelantikan Hashim juga turut dicadangkan sendiri oleh Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan. - Gambar fail
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Hashim Jasin dipilih Mursyidul Am PAS yang baharu
Majlis Syura Ulamak PAS memilih bekas Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, lapor Harakahdaily.
Kenyataan Jeff Ooi terhadap Haron Din kurang ajar, kata veteran UMNO
Setiausaha Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub berkata Jeff Ooi sepatutnya memahami adat resam keagamaan kaum lain.
Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI.
Ketaatan hanya kepada kepimpinan PAS, bukan parti lain - Haron Din
Musyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menyenaraikan enam garis tahaluf siyasi yang perlu difahami dan dipegang selepas diputuskan.
Pelantikan Haron Din selaras kehendak perlembagaan parti - Pemuda Pas
Pemuda PAS dalam satu kenyataan media hari ini mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu.