awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan guru di Jerman lancar mogok tuntut gaji lebih baik
Gunung Semeru di Indonesia Meletus dua kali pada Khamis, hambur abu setinggi 700 meter
Permintaan kargo udara Asia Pasifik naik 8.4 peratus pada 2025, teraju prestasi global - IATA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henry Jinep nekad pertahankan DUN Tasik Biru

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2020
07:10 MYT
Henry Jinep nekad pertahankan DUN Tasik Biru
Henry yang juga Naib Presiden PDP, berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana memahami apa yang warga Tasik Biru mahukan. - fotoBERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep akan terus mempertahankan kerusi bagi DUN tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Katanya, satu perjumpaan bersama wakil-wakil rakyat Bidayuh dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah dilakukan bagi mengatur strategi dan perancangan menjelang PRN akan datang.
Henry yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana memahami apa yang warga Tasik Biru mahukan.
“Kita sudah bersedia untuk mempertahankan kerusi ini untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) malah perjumpaan untuk mengatur strategi yang bersesuaian juga sudah dilakukan.
“Selain itu, kita juga perlu memahami apa yang rakyat mahukan untuk kesejahteraan dan keselesaan mereka,” ujarnya.
Henry berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Michael Manyin Jawong yang menegaskan bahawa kesemua wakil rakyat Bidayuh akan mempertahankan kerusi pada PRN akan datang.
Tambahnya, ini juga merupakan masa yang sesuai bagi rakyat menilai prestasi kerajaan Sarawak yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat.
“Pilihan Raya Negeri kini bersedia untuk diadakan walaupun tempoh matang masih berbaki sehingga Mei tahun hadapan.
“Tetapi bagi saya, sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRN diadakan esok, kita semestinya sudah bersedia kerana warga negeri ini sudah mampu menilai pencapaian yang sudah GPS lakukan selama ini,” tambahnya.
Menerusi PRN pada 2016, Henry menang dengan 6,922 undi berbanding calon Parti Tindakan Demokratik (DAP), Mordi Anak Bimol dengan 5,634 undi bagi kerusi DUN tersebut.
Topic Berkaitan
#ADUN Tasik Biru
#Datuk Henry Harry Jinep
#Gabungan Parti Sarawak GPS
#Parti Demokratik Progresif PDP
#pilihan raya negeri
#PRN
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan