Hishammuddin masih setia dengan UMNO, kata Najib

Hishammuddin masih setia dengan UMNO, kata Najib
Foto yang dimuat naik oleh anak Azmin, Ameer di Twitternya pada Disember lalu, telah mencetuskan pelbagai spekulasi.
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah memberi jaminan akan terus kekal setia bersama UMNO.

Beliau berkata jaminan itu diberikan sendiri oleh Hishammuddin dalam satu pertemuan dengan beliau beberapa hari lalu.
"Soal gambar bercuti dengan Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) itu memberikan pelbagai tafsiran dan saya bertanyakan secara berterus-terang," katanya pada sesi santai bersama anggota UMNO, di sini hari ini.

Dalam sesi berkenaan, seorang anggota UMNO bertanyakan kepada bekas presiden UMNO itu sama ada Hishammuddin masih 'ada hati' dengan parti dengan mengambil kira tindak tanduk bekas naib presiden UMNO itu mencetuskan pelbagai khabar angin yang tidak menyenangkan parti.

Baru-baru ini, gambar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hishammuddin bercuti di Maghribi tersebar luas hingga mencetuskan pelbagai spekulasi. -- Bernama




Tag: Hishammuddin Hussein, Azmin Ali, Najib Razak, UMNO, berita politik


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.