awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hormati keputusan Semenyih, kedudukan PH di Selangor masih kukuh - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2019
16:25 MYT
Hormati keputusan Semenyih, kedudukan PH di Selangor masih kukuh - Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gambaran perasaan rakyat terutamanya sentimen yang disuarakan harus diambil kira. - Foto Fail
Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan dibuat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, namun menegaskan kedudukan kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Pusat masih kukuh.
Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan gambaran perasaan rakyat terutamanya sentimen yang disuarakan masyarakat Melayu harus ambil kira dan tugas mesti diteruskan dengan baik.
"Saya yakin jika diberi sedikit masa, rakyat akan faham mengenai langkah-langkah yang diambil dan keterbatasan dalam pelaksanaan program.
"Saya berpendapat Malaysia harus kekal dengan semangat Perlembagaan yang menjanjikan kedudukan Islam dan Melayu tetapi mesti tegas dalam aspek keharmonian kaum," katanya selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Port Dickson di sini, Sabtu malam.
Menurut Anwar, kerajaan PH juga harus mewakili sentimen, keperluan dan aspirasi semua kaum serta rakyat di negara ini.
Beliau juga menangkis andaian bahawa kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali kedua berturut-turut selepas di Cameron Highlands menandakan PH di bawah Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin hilang sokongan rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#PKR
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan