awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM bangunkan teknologi mesin pengimbas mini bagi struktur dalaman, kualiti durian eksport
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan saya dan Anwar baik-baik sahaja - Tun Mahathir

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
14/09/2018
11:56 MYT
Hubungan saya dan Anwar baik-baik sahaja - Tun Mahathir
Kenyataan itu sekali gus selari dengan apa yang dikatakan Anwar bahawa mereka kini kawan baik. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan hubungannya dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah baik.
Kenyataan itu sekali gus selari dengan apa yang dikatakan Anwar bahawa mereka kini kawan baik.
“Setakat ini, hubungan saya dengan Anwar adalah okay (baik). (Hubungan kami) baik-baik sahaja,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPBM di Bangunan Yayasan Selangor di sini hari ini.
Anwar sebelum ini mengaku beliau sudah pun berbaik dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi rakyat dan negara.
Menurutnya, beliau telah memaafkan Dr. Mahathir kerana mereka bersependapat dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara daripada sebarang salah laku yang melibatkan pemimpin terdahulu.
Jelas beliau lagi, kata sepakat sebelum ini menetapkan Anwar akan menggantikan tempatnya.
“Pengganti saya , kita sudah mencapai kata sepakat. Ia mesti Anwar. Saya tidak mungkir janji. Namun, saya sangat sedar bahawa saya sudah tua kerana dalam dua tahun lagi saya akan jadi 95 tahun,” ujarnya.
Bagaimanapun, keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik.
Tambahnya, Anwar telah memberitahunya bahawa beliau akan bertanding pada PRK Port Dickson selepas pulang dari Hong Kong.
“Saya beritahu Anwar saya tidak turun PRK tetapi saya setuju dengan pencalonannya,” kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hong Kong
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan