awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan serangkai keluarga komponen PH perlu diperkukuh - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2020
15:15 MYT
Hubungan serangkai keluarga komponen PH perlu diperkukuh - Anwar
Anwar pada masa sama menggesa agar anggota PH kembali fokus sebagai parti yang memperjuangkan hak rakyat.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar semua parti komponen PH mengukuhkan kembali hubungan sebagai serangkai keluarga bagi mempertahankan mandat rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Menerusi siaran langsung di laman Facebook pada Sabtu malam, beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, mandat rakyat perlu dipertahankan untuk memastikan negara kekal sebagai sebuah negara demokratik dan adil.
“Kalau kita mahu mula, maka kita perlu perkukuhkan PH. DAP, Amanah, Keadilan itu serangkai keluarga yang harus mantap dan kuat.
“Kita bersama dulu dengan satu agenda yang jelas selepas perjuangan puluhan tahun untuk pertahankan ini. Kita perlu kekalkan mandat rakyat 2018 bukan hanya untuk calon Perdana Menteri sahaja.
“Walaupun ia sudah ditandatangani dan diakui tetapi yang lebih penting adalah mandat rakyat untuk pastikan negara ini kembali sebagai sebuah negara demokratik, adil dan menjamin keselesaan rakyat terutama golongan miskin, pedalaman dan yang terpinggir tanpa mengira kaum,” jelasnya.
Sumber Facebook anwaribrahim.keadilan
Pada masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menggesa agar anggota PH kembali fokus sebagai parti yang memperjuangkan hak rakyat.
Beliau mengingatkan ahli politik agar tidak terheret ke kancah politik yang memecah-belahkan parti.
“Kita perlu kembali fokus sebagai parti yang berjuang kepada rakyat dan kita jangan terlalu terheret dengan kancah politik.
“Terutamanya mainan satu dua orang yang memecah belahkan parti kita seperti yang terjadi sejak kebelakangan ini.
“Ia tidak mungkin akan berlaku tanpa dalang yang menggunakan kuasa politik untuk menganggu gugat kedudukan kita,”ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#DAP
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#Pakatan Harapan
#Pengerusi Pakatan Harapan
#PH
#pilihan raya umum
#PKR
#Presiden Parti Keadilan Rakyat
#serangkai keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan