awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hudud: Penentangan bukan Islam kerana salah faham - PAS

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2016
13:33 MYT
Hudud: Penentangan bukan Islam kerana salah faham - PAS
Menurut Mohd Amar, Setakat ini katanya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap sesi penerangan itu, positif, namun terdapat pihak yang masih menentang. - Gambar fail
Penentangan orang bukan Islam terhadap hasrat PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud dan kisas berdasarkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II), Kelantan 1993 pindaan 2015 adalah kerana ia telah dipolitikkan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan, enakmen berkenaan sebenarnya tidak terpakai kepada bukan Islam kerana ianya akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah.
Jelas Mohd Amar disebabkan kurang faham dan dipolitikkan oleh parti politik, maka enakmen berkenaan mendapat tentangan daripada bukan Islam.
“Perkara ini (pindaan) menjadi suatu yang besar ialah apabila parti politik seperti MCA, DAP, dan mereka macam berebut untuk dapatkan sokongan dari masyarakat cina.
“ Sepatutnya ianya di lihat dari sudut akademik secara lebih objektif dan bukannya dibincang dengan emosi. Ini isu orang Islam dan kenapa diperbesarkan sampai kata nak gugat bukan Islam. Sebab kita bercakap dalam konteks kita Islam,” katanya ketika ditemui selepas sesi penerangan enakmen berkenaan kepada masyarakat bukan Islam termasuk Persatuan Tionghua Kelantan, Dewan Perniagaan Cina Kelantan, masyarakat India di sini hari ini.
Setakat ini katanya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap sesi penerangan itu, positif, namun terdapat pihak yang masih menentang.
Rang Undang-Undang (RUU) iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen Oktober ini.
Topic Berkaitan
#hudud
#kisas
#mahkamah syariah
#Mohd Amar
#Mohd Amar Nik Abdullah
#RRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan