Hukum mengundi bukan Muslim dalam pilihan raya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, selagi tidak memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, amanah dan memiliki kepakaran dalam melaksanakan tugas.
Perkara itu diperincikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kenyataannya.
"Hasil penelitian yang dilakukan, kami dapati tiada dalil qath’ie (muktamad) yang melarang untuk mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan melantik mereka sebagai pemimpin.
"Ayat-ayat al-Quran yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya," jelasnya.
Menurut Zulkifli, bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai.
"Hal ini termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar maslahat kumpulan minoriti," jelasnya.
Sementara itu, menurut beliau, beberapa faktor harus diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara adalah kekal disandang oleh orang Muslim yang berkelayakan sahaja.
Zulkifli juga membuat kenyataan itu dengan menilai kontrak sosial Muslim dan non-Muslim, implikasi dalam masyarakat majmuk dari sudut fiqh, sandaran terhadap masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik, dan konsep kewarganegaraan dalam sebuah negara bangsa.
BACA: PRU14: Suhakam seru ahli politik tidak beri ucapan berunsur perkauman
BACA: Jangan semarak sentimen perkauman semasa kempen PRU14 - Syed Ali
Syakirah Zulkifly
Thu Apr 12 2018
ZULKIFLI: Selain Perdana Menteri, hanya orang Muslim juga yang dibenarkan untuk memegang jawatan berkenaan portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara. - BERNAMA/Fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Maulidur Rasul: Mahu sambut, terus ikut, tak perlu berserabut
Sabtu 12 Rabiul Awwal, umat Islam akan menyambut hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW. Bagi yang masih sibuk berpolemik hukum sambutan, ikuti penjelesan dari Mufti Wilayah Persekutuan.
Buka puasa untuk berjimak 'helah' tak nak rasa berdosa - Dr MAZA
Siapa yang 'mengajar' individu terbabit untuk buka puasa dahulu sebelum berjimak dengan pasangan, juga menanggung dosa.
20 rakaat dalam 7 minit, solat sunat 'Tarawih kilat' sah di Indonesia?
Menurut seorang jemaah di masjid itu, dia yakin bahawa solatnya diterima sebagai ibadah dan menepati syariat Islam.
Cara Mufti Wilayah rai jiran berbangsa Tionghua
Kepelbagaian agama dan bangsa sememangnya diraikan dalam Islam selaras dengan kesantunan akhlak Nabi Muhammad SAW yang ditunjukkan baginda
Bukan sahaja artis, mufti juga jadi mangsa
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri berdepan masalah penyalahgunaan akaun palsu di laman Instagram.
Hukum undi dan lantik pemimpin bukan Muslim dalam pilihan raya adalah harus - Mufti Wilayah
Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan mengundi dan memilih dalam pilihan raya.