awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Husam hantar surat kepada Presiden Pas mohon batal pemecatannya

Bernama
Bernama
26/05/2016
14:56 MYT
Husam hantar surat kepada Presiden Pas mohon batal pemecatannya
Husam berkata tindakan terhadapnya itu dipercayai dibuat atas alasan beliau menjadi saksi perbicaraan dalam kes membabitkan sebuah syarikat yang menentang kerajaan negeri. -Gambar fail
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini menghantar surat kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon membatalkan pemecatannya sebagai anggota parti itu.
Husam, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Salor, menerima surat pemecatan itu daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok pada Selasa lepas (24 Mei).
"Pemecatan itu tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti dan tidak mengikut lunas-lunas keadilan Islam," katanya kepada pemberita di sini.
Husam berkata tindakan terhadapnya itu dipercayai dibuat atas alasan beliau menjadi saksi perbicaraan dalam kes membabitkan sebuah syarikat yang menentang kerajaan negeri dan dilabel sebagai cuba mensabotaj kerajaan Kelantan.
Beliau berharap surat yang dihantar kepada presiden PAS itu dapat dipertimbangkan sebelum Muktamar Tahunan PAS ke-62 selama tiga hari bermula 1 Jun ini di Kota Baharu.
Katanya, jika pemecatan itu ditarik balik, beliau akan hadir ke muktamar berkenaan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kubang Kerian.
Husam berkata beliau yakin peluangnya untuk kembali ke dalam PAS adalah cerah dan akan terus melakukan kritikan sekiranya melihat ada perkara yang tidak kena dalam sistem pentadbiran kerajaan Kelantan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi
#batal pemecatan
#Daeng Sanusi Daeng Mariok
#Husam Musa
#sabotaj kerajaan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan