awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IDEAS dibidas kerana kritik komen UMNO terhadap DAP sewaktu PAU2016

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2016
12:01 MYT
IDEAS dibidas kerana kritik komen UMNO terhadap DAP sewaktu PAU2016
Ketua Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan dilaporkan berkata DAP yang disebut (di perhimpunan) -tidak lebih daripada satu kod untuk merujuk kepada kaum Cina.- - Gambar fail
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) dibidas hari ini berhubung kenyataan yang mengatakan komen terhadap parti DAP oleh delegasi UMNO sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang baru sahaja tamat boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan kaum di negara ini.
Anggota parti komponen Barisan Nasional, MCA berkata, tiada apa yang salah dengan kenyataan itu, kerana DAP juga sering membidas UMNO dan MCA dengan unsur-unsur perkauman.
“Bagaimana apabila DAP membidas UMNO dan MCA ia dibolehkan, Saiful? Bukankah ia sama sahaja?,” kata anggota MCA, Ti Lian Ker kepada portal Free Malaysia Today (FMT).
FMT sebelum ini melaporkan Ketua Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata DAP yang disebut (di perhimpunan) “tidak lebih daripada satu kod untuk merujuk kepada kaum Cina,” sesuatu yang dilihat sebagai perkauman.
Ti yang mengambil contoh isu pemimpin kontroversi DAP, Hew Kuan Yau berkata, bekas Ketua Bahagian Teluk Intan tidak diambil tindakan selepas menggunakan istilah “screw The Malays’ sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak pada Mei.
Susulan itu Hew telah keluar parti pada Julai, tindakan yang dilihat sebagai mengelak serangan kepada parti DAP.
Topic Berkaitan
#BN
#DAP
#ideas
#Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi
#MCA
#UMNO
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan