Berbaki beberapa jam sebelum tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berakhir, dua pemimpin parti politik utama negara menyampaikan ‘Mesej Grand Finale’ masing-masing malam ini sebelum rakyat membuat keputusan muktamad sebagai pengundi esok.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan amanat terakhir beliau di kediamannya di Pekan, Pahang.

Najib yang juga penyandang kerusi parlimen Pekan sejak tahun 1976 akan mempertahankan kerusi itu buat kali ke sepuluh.

IKUTI LAPOR LANGSUNG: Laungan Najib Razak di Pekan



Manakala Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ‘Pesanan Perdana’ di Langkawi, Kedah.

Selepas 19 tahun meninggalkan medan 'tempur' PRU, Mahathir bertanding bagi kerusi Parlimen Langkawi.

IKUTI LAPOR LANGSUNG: Ini tiga berita baik dari Barisan Nasional