awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini semua sampah' - Kor Ming berang lagakan DAP dengan MB Perak

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/03/2019
14:31 MYT
'Ini semua sampah' - Kor Ming berang lagakan DAP dengan MB Perak
KOR MING: Kesemua 31 ADUN tidak berbelah bahagi menyokong pentadbiran Ahmad Faizal. - Gambar fail
“Ini semua sampah,” itu reaksi Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming susulan mesej tular yang menyatakan bahawa parti itu bakal mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Menerusi pesanan ringkas kepada Astro AWANI, beliau menegaskan bahawa kesemua 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan berpegang teguh di bawah kepimpinan Ahmad Faizal.
“Ini (mesej tular) semua sampah. Kesemua 31 ADUN tidak berbelah bahagi menyokong pentadbiran Ahmad Faizal,” katanya.
Pada Rabu, tular di sosial media mendakwa Ahmad Faizal dan dua ADUN mesra Pakatan Harapan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi ditawar menyertai UMNO.
Mesej tersebut turut mendakwa Ahmad Faizal meminta sokongan daripada UMNO kononnya DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau.
“UMNO tawar Ahmad Faizal, Nolee Ashilin dan Zainol Fadzi untuk lompat parti bagi pastikan mereka (UMNO dan Pas) mentadbir Kerajaan (Perak).
“Jika ini berlaku, peralihan kuasa akan berlaku secara automatik. Sebab itu DAP mahukan undi tidak percaya,” memetik mesej tular tersebut.
Jika ketiga-tiga mereka bertindak melompat parti, ia sekali gus akan memudahkan peralihan pentadbiran kerajaan negeri Perak tanpa perlu diadakan Pilihan Raya Negeri.
Topic Berkaitan
#ADUN Pakatan Harapan
#Ahmad Faizal Azumu
#Ini semua sampah
#lagakan DAP dengan MB Perak
#Menteri Besar Perak
#Nolee Ashilin Mohammed Radzi
#pilihan raya negeri
#undi tidak percaya MB Perak
#Zainol Fadzi Paharudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan