awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Mohamed pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
24/06/2016
15:09 MYT
Ismail Mohamed pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
Pada Jumaat, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed akan memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, susulan pemecatan pemegang Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Md Jais Sarday dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
"Maka saya ingin mengesahkan bahawa Ismail Mohamed, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh secara automatik akan memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkuatkuasa serta merta.
"Surat pengesahan kedudukannya sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh dijangka akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada hari Isnin hadapan berikutan penutupan ibu pejabat UMNO pada hujung minggu," tambahnya dalam kenyataan yang sama.
Pada Jumaat, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Muhyiddin dan Ketua Bahagian UMNO Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian sehingga laporan jawatankuasa disiplin diterima.
Topic Berkaitan
#ismail mohamed
#Jais Sarday
#Muhyiddin Yassin
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan