awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Putin akan bincang bersama Utusan Khas AS guna aset dibekukan sokong Lembaga Keamanan
Piala Dunia T20: Bangladesh tegas tidak akan beraksi di India selepas ICC tolak permohonan
FMOS terima 3,253 aduan, selesaikan 2,268 pertikaian sejak ditubuhkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri letak jawatan Pengerusi UMNO Selangor, Mat Nadzari memangku

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2019
12:53 MYT
Ismail Sabri letak jawatan Pengerusi UMNO Selangor, Mat Nadzari memangku
Antara nama calon yang dihantar UMNO Selangor bagi menggantikan Ismail (kiri) sebagai pimpinan parti di peringkat negeri itu ialah Mat Nadzari (kanan).
Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan memangku jawatan yang ditinggalkan Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob buat tempoh sementara sehingga calon baharu dilantik.
Ismail berkata menerusi mesyuarat khas yang berlangsung pada 5 April lalu, beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu berkuat kuasa pada 1 Mei lalu.
Menurutnya, beliau sebelum ini dilantik memegang jawatan itu hanya untuk tempoh sementara dan bertujuan untuk membantu menyelesaikan beberapa permasalahan melibatkan UMNO Selangor.
"Saya merasakan UMNO Selangor sudah mampu dikemudi pimpinan di peringkat negeri yang mempunyai kemampuan untuk meneruskan kebangkitan parti ini.
"Disebabkan itu saya memanggil mesyuarat khas yang turut dihadiri ketua bahagian dan ketua sayap parti peringkat negeri bagi menyatakan hasrat tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mengenai senarai tiga nama calon dihantar UMNO Selangor bagi menggantikan Ismail sebagai pimpinan parti itu di peringkat negeri.
Antara nama yang dipetik itu adalah Mat Nadzari serta dua ketua bahagian iaitu Datuk Johan Abdul Aziz dan Megat Zulkarnain Omardin.
Dalam pada itu, Ismail berkata, buat masa ini, seramai empat orang ketua bahagian menyuarakan minat untuk memegang jawatan tersebut.
"Senarai nama calon yang berminat itu biarlah rahsia dahulu kerana saya belum berbincang dengan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan. Keputusan akan dibuat selepas perbincangan bersama beliau," katanya.
"Nama pengganti saya berkemungkinan akan diumumkan selepas Aidilfitri nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Johan Abdul Aziz
#ketua bahagian
#letak jawatan
#Mat Nadzari Ahmad Dahalan
#Megat Zulkarnain Omardin
#Mohamad Hasan
#pengganti
#UMNO Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan