awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu gelaran ditarik: Ahmad Razif elak bertemu wartawan

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2016
05:28 MYT
Isu gelaran ditarik: Ahmad Razif elak bertemu wartawan
Beliau dilihat bergegas menaiki kenderaan rasminya ketika dikerumuni wartawan pada Ahad. - Foto Astro AWANI
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan mengulas lanjut berhubung desas-desus penarikan semula darjah kebesaran Istana Terengganu oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.
Beliau dilihat bergegas menaiki kenderaan rasminya ketika dikerumuni wartawan selepas Majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, Hotel Primula pada Ahad.
Di majlis tersebut, gelaran rasmi Datuk Seri dilihat tidak digunakan oleh pengacara majlis dan digantikan dengan sekadar gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu.
Pada Jumaat, terdapat laporan mengatakan bahawa Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Istana berkenaan perkara ini, mahupun titah rasmi oleh Sultan Mizan.
Ahmad Razif, 49, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Mizan pada 12 Mei, 2014.
Beliau mengangkat sumpah menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan sebagai MB Terengganu susulan krisis politik yang melanda negeri itu.
Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 24 April 2015.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Istana Terengganu
#Menteri Besar Terengganu
#Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan