awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Ketua UMNO positif dadah akan dibincang dengan PM - Ahmad Zahid

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/04/2018
09:38 MYT
Isu Ketua UMNO positif dadah akan dibincang dengan PM - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkan insiden itu sesuatu yang amat malang kepada parti dan tidak sepatutnya berlaku. -Gambar fail
Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan perbincangan berhubung tangkapan ke atas seorang Ketua UMNO Bahagian di sebuah pusat hiburan di ibu negara semalam selepas didapati positif dadah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan perkara tersebut dan menyifatkan insiden itu sesuatu yang amat malang kepada parti dan tidak sepatutnya berlaku.
"Ini sesuatu yang amat malang. Walaupun kita tak boleh menghukum sebelum jatuhnya hukuman di mahkamah, tapi dari segi moral dan politiknya agak mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.
"Kita akan bawa ke mesyuarat dengan perdana menteri mengenai tindakan sedia ada dalam perlembagaan dan peraturan UMNO sendiri.
Ahmad Zahid mengakui isu berkenaan pastinya memberi kesan kepada UMNO dan kerusi di bahagian berkenaan yang diperuntukkan kepada MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
"Kita akan bincang, ia pasti beri kesan tapi kerusi itu diperuntuk kepada MCA. Saya fikir ia sedikit menjejaskan, namun kita akan usahakan keterpalitan itu tidak menjejaskan kepada seluruh organisasi BN," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa polis telah mengesahkan penahanan seorang Ketua Bahagian UMNO dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi di ibu negara.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Shaharudin Abdullah berkata dalam serbuan itu, pemimpin itu bersama sekumpulan rakannya ditahan dan ujian air kencing mendapati pemimpin parti itu positif dadah.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#Dadah
#isu semasa
#kelab malam
#pilihan raya umum
#pusat hiburan
#tangkapan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan