awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pemilihan Pengerusi PAC bukan keutamaan buat masa ini - Tun M

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
24/03/2019
07:01 MYT
Isu pemilihan Pengerusi PAC bukan keutamaan buat masa ini - Tun M
Dr Mahathir (tengah) ketika Pelancaran Kempen Sayangi Sawitku yang dianjurkan Kementerian Industri Utama di Ladang Sime Darby Plantation di Pulau Carey. - BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang mempertimbangkan calon sesuai untuk menggantikan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, sehingga senarai calon itu dimuktamadkan, Ahli Parlimen Beluran itu akan terus memegang jawatan itu.
Walaupun Manifesto Pakatan Harapan jelas mengatakan Pengerusi PAC harus daripada kalangan pembangkang, namun Dr Mahathir berkata ia bukan sesuatu yang melibatkan soal perundangan dan harus diberi keutamaan segera.
"Ya, kita akan menimbangkannya dan kita akan cari calon yang bagus. Tetapi pada masa ini beliau (Ronald) akan kekal sebagai pengerusi PAC," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Sayangi Kelapa Sawitku' di Ladang East di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan salah seorang ahli PAC yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang bertindak melepaskan jawatannya dalam PAC ekoran Ronald kini bukan lagi sebahagian daripada pembangkang.
"Ia adalah janji yang dibuat Pakatan Harapan (PH). Kita boleh laksanakan pada bila-bila masa, kita akan berpegang kepada janji," tambah Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Mahathir Mohamad
#Manifesto
#Nurul Izzah Anwar
#PAC
#Pakatan Harapan
#pembangkang
#Pengerusi PAC
#Ronald Kiandee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan