awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu peribadi tak jejas reputasi saya - Raja Kamarul Bahrin

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/04/2018
06:39 MYT
Isu peribadi tak jejas reputasi saya - Raja Kamarul Bahrin
RAJA KAMARUL BAHRIN: Saya bukan jenis orang yang lari daripada isu. -Astro AWANI / Amir Ariffin
“Isu peribadi melibatkan rumahtangga tidak melemahkan atau menjatuhkan reputasi saya sebagai penyandang dan calon di kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Dun Batu Burok.”
Itu komen ahli politik yang juga calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ahmad apabila ditanya tentang perkembangan semasa beliau ketika berdepan cabaran getir membabitkan pergolakan rumahtangganya dalam ketika menghadapi PRU14.
Jelasnya, beliau tidak pernah melarikan diri dan menyembunyikan sebarang isu membabitkan masalah politik mahupun peribadi yang sering mendapat perhatian umum.
“Saya bukan jenis orang yang lari daripada isu. Saya akan menghadapinya baik daripada segi politik dan juga masalah peribadi.
"Soal rumahtangga saya sekarang ini tidak menjejaskan politik saya dan saya menghadapinya mengikut saluran dan proses yang sepatutnya dari segi syariah dan undang-undang,” katanya ketika ditemui krew Astro AWANI.
Beliau mengakui perkara itu telah diketahui umum dan beliau tidak mempunyai masalah untuk menghadapinya.
Jelasnya, beliau lebih suka berhadapan dengan sesuatu permasalahan dan menanganinya dengan berprinsip.
Awal bulan lalu timbul kontroversi tentang status perkahwinan mereka apabila beliau dan isteri Noryn Aziz dilihat hadir di sebuah Mahkamah Syariah.
Topic Berkaitan
#MalaysiaMemilih
#Noryn Aziz
#peribadi
#PRU14
#Raja Kamarul Bahrin Shah Ahmad
#reputasi
#rumahtangga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan