Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggunakan taktik kotor dalam isu melibatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) RUU355 untuk menjerat parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.
Tegasnya, DAP sepatutnya menjelaskan pendirian sebenar kepada orang Melayu sebelum mendesak MCA berbuat perkara sama.
"Dia (Kit Siang) telah gunakan taktik seolah-olah rakyat diperkotak-katikkan. Kit Siang main taktik kotor. Sampai esok, sampai kiamat dia akan hentam MCA. Siapa yang mulakan ini?
"Dulu dia cakap UMNO zalim, PAS tidak berubah. Macam-macam cakap. Kenapa nak sangat bantah MCA?" katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau menegaskan taktik kotor dimainkan Kit Siang hanya bermatlamat memburukkan MCA walaupun parti DAP itu sendiri tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang.
"Kenapa pendirian kamu tidak diperjelaskan kepada masyarakat Melayu. Terus-terang kalau tidak ada persefahaman antara pakatan. Biar jujur. Jangan cari and bantai MCA. Guna taktik untuk mengaburi mata rakyat," ujarnya lagi.
Tegasnya, pendirian MCA berhubung RUU355 adalah sama seperti yang pernah dinyatakan presiden parti itu sebelum ini.
"Presiden MCA sebelum ini dengan lantang dan jelas mengatakan pendirian sama. Saya tidak perlu lagi ulang. Jika kandungan (RUU355) adalah sama, maka pendirian MCA juga kekal sama," jelasnya.
RUU355 dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan buat kali kedua pada November lalu bagi memasukkan beberapa pindaan.
Rahimah Abdullah
Wed Mar 08 2017
Wee Ka Siong (gambar) dakwa Lim Kit Siang main kotor dalam isu melibatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) RUU355 untuk menjerat parti komponen BN itu. -Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.