awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu unit pelaburan 1MDB jadi perbalahan wakil rakyat di Twitter

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2015
15:04 MYT
Isu unit pelaburan 1MDB jadi perbalahan wakil rakyat di Twitter
Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga hari ini hebat dikritik pelbagai pihak termasuk menimbulkan pelbagai persoalan dalam beberapa aspek pelaburan yang dibuat oleh syarikat pembangunan strategik itu. - Gambar fail
Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga hari ini hebat dikritik pelbagai pihak termasuk menimbulkan pelbagai persoalan dalam beberapa aspek pelaburan yang dibuat oleh syarikat pembangunan strategik itu.
Terbaharu, ia menjadi perbalahan ahli-ahli Parlimen di media sosial Twitter.
Pada 28 Mei lalu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan telah memuat naik satu tweet di akaun peribadinya yang menyatakan Buku 'factsheet' 1MDB telah diedarkan dalam mesyuarat Kabinet.
Dalam buku 1MDB factsheet yang diedarkan dlm msyrt kabinet, info mengenai status terkini pelaburan, harta dan hutang 1MDB ada dimasukkan.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 28, 2015
Susulan itu, pada 29 Mei, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming memuat satu tweet dengan mempersoal sekiranya ada ahli Parlimen yang lain yakin dengan Buku 'factsheet' 1MDB yang diedarkan itu.
Kian Ming dalam tweet yang berlainan turut mempersoal sekiranya buku itu ada menjelaskan apakah bentuk "unit" 1MDB yang ada dalam akaun Bank BSI di Singapura.
Will it state the exact "units" of what is in the BSI account in Singapore? Will it be disclosed to the public? https://t.co/9OdlMhaDun
— Ong Kian Ming (@imokman) May 28, 2015
How many cabinet ministers will be convinced by the @1MDB briefing paper today? Other than @mpkotabelud of course...
— Ong Kian Ming (@imokman) May 29, 2015
Rahman Dahlan hari ini membalas tweet Kian Ming dengan pertanyaan adakah DAP akan meminta maaf kerana mengelirukan orang awam sekiranya unit pelaburan itu jelas bernilai dan 1MDB akan beroleh kembali wangnya.
@imokman What if the investment unit is worth the value and 1MDB got its money back? Will DAP apologize for misleading the public?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 31, 2015
Kian Ming dalam tweet balasnya bertanya kepada Rahman Dahlan sekiranya orang ramai dapat mengetahui maklumat mengenai "unit" kontroversi dalam buku yang diedarkan di Kabinet itu.
@mpkotabelud btw, what are the 'units' exactly, was it explained in the cabinet paper? can the public know?
— Ong Kian Ming (@imokman) May 31, 2015
Rahman kemudiannya menjawab apa yang lebih penting unit itu mempunyai nilai dan boleh ditebus kembali dan mempersoal kenapa Kian Ming memainkan isu itu.
@imokman What's important the units had value & redeemable, which they did but why you guys still harping on paper money is beyond me!
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 31, 2015
Sementara itu, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa turut mencelah dan meminta Rahman Dahlan memberitahu kepada orang ramai apakah 'unit' 1MDB yang disebut-sebutkan ini.
@mpkotabelud @imokman How about telling the public what the 1MDB "units" are, so that we can decide for ourselves?
— R.Sivarasa (@SivarasaRasiah) May 31, 2015
Lantaran itu, selepas beberapa kali berbalas tweet antara mereka dan pengguna Twitter yang lain, Rahman Dahlan kemudiannya berkata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah akan membuat penjelasan umum mengenai 1MDB pada Rabu.
@ibnifaisal Hari Rabu nanti MK2 akan keluar TV untuk perjelaskan kepada umum mengenai 1MDB. @drfathulbari @BuletinTV3
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 31, 2015
Beliau berkata kerajaan akan menjelaskan tiga perkara mengenai 1MDB termasuk transaksi wang kertas, ke manakah hutang RM42 bilion ini pergi dan pelan rasionalisasi 1MDB.
Govt will explain 3 things abt 1MDB. 1) the PSI/paper money transaction 2) where did the RM42b debt go into? 3) the rationalization plan.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 31, 2015
After all these are the three things that the rakyat want to know the most about 1MDB.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 31, 2015
Perdebatan hangat tentang 'unit' pelaburan 1MDB yang dipegang dalam akaun Bank BSI Singapura ini menimbulkan banyak persoalan yang memerlukan jawapan telus yang dapat memuaskan hati semua pihak.
Dalam satu laporan Bernama, ia menyatakan unit ini adalah sebagai satu pertukaran dalam satu perjanjian yang dicapai 1MDB bersama syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments, yang akan membantu mengurangkan hutang 1MDB sebanyak RM16 bilion.
Namun, ia tidak menyebut mana-mana sumber, juga tidak mengulas lanjut mengenai apakah bentuk aset-aset ini selain tidak menjelaskan "unit" kontroversi di dalam Bank BSI.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Abdul Rahman Dahlan
#ahmad husni hadazlah
#R. Sivarasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan