Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata pengundi tidak mempunyai alasan untuk tidak keluar mengundi termasuk untuk balik ke kampung kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan tempoh yang secukupnya.

"Walaupun mengundi pada hari Rabu, namun ia pernah berlaku sebelum ini. Saya harap pengundi faham tanggungjawab mereka kerana telah diberi notis sebulan.

"Jadi seharusnya semua boleh mengundi. Jika terikat dengan kerja, mereka perlu mengingatkan majikan mereka mengenai undang-undang untuk memberi pelepasan untuk mengundi," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan manifesto Pemuda BN di sini pada Selasa.

SPR hari ini mengumumkan bahawa hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ditetapkan 9 Mei manakala tarikh penamaan calon ialah 28 April dan tarikh pengundian awal 5 Mei.

-- BERNAMA