awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
Sony dijangka mula jual kereta elektrik Afeela tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan biarkan PAS berdepan masalah sendirian - Penganalisis

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
23/12/2014
09:45 MYT
Jangan biarkan PAS berdepan masalah sendirian - Penganalisis
PAS tidak boleh dibiarkan berdepan masalah tersebut secara sendirian kerana ia melibatkan Pakatan Rakyat.
Krisis keyakinan pengundi bukan Melayu terhadap PAS boleh diatasi jika semua pihak dalam Pakatan Rakyat sanggup untuk duduk bersama dan berusaha mencari jalan penyelesaian.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin berkata PAS tidak boleh dibiarkan berdepan masalah tersebut secara sendirian kerana ia melibatkan Pakatan Rakyat.
Katanya, sokongan yang diberikan oleh pengundi bukan Melayu selama ini kerana keyakinan mereka terhadap gabungan antara PAS, DAP dan PKR.
"Benar ini masalah yang dihadapi oleh PAS tetapi parti itu tidak boleh dibiarkan menghadapi masalah ini sendirian kerana sokongan pengundi selama ini atas keyakinan mereka kepada gabungan yang melibatkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.
"DAP dan PKR tidak boleh berdiam diri, mereka juga perlu memberi penerangan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dan berusaha memulihkan keyakinan terhadap PAS.
"Jika perkara ini dilakukan, rakyat akan melihat bahawa ketiag-tiga parti sudah kembali menjalinkan kerjasama erat dan masalah yang dihadapi sudah diatasi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dr Shahruddin berkata dalam politik, tempoh tiga tahun menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bukanlah satu tempoh yang lama.
Kerana itu, katanya, Pakatan Rakyat perlu segera menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka jika benar berhasrat membentuk kerajaan pada PRU akan datang.
"Tempoh tiga tahun dalam politik boleh jadi sekejap dan boleh jadi lama, jadi perlu segera menyelesaikan masalah ini.
"Kalau ianya satu tempoh yang lama, bermacam-macam perkara yang boleh berlaku sama ada ia akan menjadi lebih baik atau tidak mustahil lebih buruk," katanya lagi.
Mengulas mengenai masalah yang dihadapi PAS, Dr Shahruddin berkata, parti itu juga perlu segera menyelesaikan perkara-perkara yang membelenggu mereka.
Selain PAS, DAP juga kata Dr Shahruddin tidak boleh hanya menunding jari menyalahkan PAS, kerana Pakatan Rakyat tidak akan menang hanya dengan undi bukan Melayu.
"Undi semua rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk membolehkan mereka menguasai kerajaan persekutuan.
"DAP tidak boleh hanya menyalahkan PAS kerana mereka juga melakukan kesilapan, mereka tidak boleh lupa terhadap kenyataan mereka yang melukakan pengundi Melayu.
"Jadi, bukan hanya pulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu tetapi Pakatan Rakyat perlu berusaha meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada mereka," ujar beliau.
Awal hari ini Astro AWANI melaporkan, menjelang 2015, sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot dan parti Islam itu berdepan kemungkinan kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.
Topic Berkaitan
#DAP
#diatasi
#jalan penyelesaian
#krisi keyakinan
#masalah
#Melayu
#PAS
#PKR
#sanggup
#Shahruddin Badaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan