awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan heret pihak Istana ke dalam krisis politik" - Azmin Ali

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
18/06/2015
10:21 MYT
"Jangan heret pihak Istana ke dalam krisis politik" - Azmin Ali
AZMIN: Saya hormati institusi diraja dan bagi saya tiada keperluan untuk berbincang mengenai hal itu. - Gambar Fail
Tiada keperluan bagi membincangkan krisis politik semasa dengan pihak istana, kata Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
"Jangan heret pihak Istana ke dalam krisis politik.
"Saya hormati institusi diraja dan bagi saya tiada keperluan untuk berbincang mengenai hal itu," kata Azmin.
Tambahnya, beliau sentiasa bertemu dengan Sultan Selangor untuk membincangkan hal-hal berkaitan negeri itu.
"Saya jumpa Tuanku setiap minggu tanpa gagal untuk memberi perkembangan mengenai hal ehwal Selangor," katanya lagi selepas mengagihkan bubur lambuk dan kurma di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam petang tadi.
Situasi politik di Selangor kembali hangat selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa keputusan Muktamar PAS yang baru berlalu untuk memutuskan hubungan dengan parti itu telah "membunuh" gabungan Pakatan Rakyat.
Sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan pakatan itu yang kini menerajui pentadbiran negeri Selangor.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Pakatan Rakyat
#PKR
#politik
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan