awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan hina Agong dan Raja-raja Melayu - MPMMK

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2020
11:28 MYT
Jangan hina Agong dan Raja-raja Melayu - MPMMK
Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, Yang di-Pertuan Agong telah pun memanggil semua Ahli Parlimen termasuk mengadakan persidangan dalam kalangan Raja-raja Melayu sebelum keputusan itu dibuat.
Seluruh rakyat di negara ini diingatkan supaya menerima hakikat dan menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.
Presiden Majlis Pemikir Melayu Muda Kebangsaan (MPMMK) Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, Yang di-Pertuan Agong telah pun memanggil semua Ahli Parlimen termasuk mengadakan persidangan dalam kalangan Raja-raja Melayu sebelum keputusan itu dibuat.
"Kenapa masih ada lagi segelintir pihak dan individu yang terus mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong? Terimalah hakikat, keputusan telahpun dibuat dan ia berlandaskan Perlembagaan.
"Ini tidak, ada segelintir individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Sebagai rakyat, kita jangan mudah terpengaruh dan beremosi, jangan kita ikut jejak orang politik," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Sabtu lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
BACA: Muhyiddin angkat sumpah Perdana Menteri ke-8
Dalam satu kenyataan media, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda berpandangan Muhyiddin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Ekoran itu, terdapat segelintir individu yang tidak dapat menerima keputusan berkenaan dan bertindak memuat naik status di media sosial mempertikai dan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Syed Mohammad Faiz berkata, Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Beliau berkata, menerusi Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, institusi raja perlu dihormati oleh rakyat kerana ia merupakan lambang dan payung kedaulatan negara.
"Namun, perbuatan memperlekeh dan menghina Raja seakan menjadi satu gejala di media sosial. Terimalah keputusan Yang di-Pertuan Agong dan beri ruang kepada Perdana Menteri baharu (Muhyiddin) untuk melaksanakan tugasnya.
"Jika mana-mana parti politik merasakan mempunyai cukup majoriti, bawalah usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada bulan Mei nanti," katanya.
Beliau berkata, jangan melanggar undang-undang dengan mengadakan protes atau mengeluarkan kenyataan yang menghina pemimpin khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
"Jangan kita cuba mencetuskan keadaan huru hara di negara ini, seluruh rakyat perlu istiqamah dan percaya kepada sistem sedia ada," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Majlis Pemikir Melayu Muda Kebangsaan
#MPMMK
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Syed Mohammad Faiz Azemmant
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan