awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan kacau politik Johor - Sultan Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2017
08:05 MYT
Jangan kacau politik Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat ruang galeri selepas merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong hari ini. --fotoBERNAMA
Pemimpin politik luar Johor diingatkan untuk tidak mengelirukan atau memecah-belah perpaduan bangsa Johor dengan cuba masuk campur urusan politik negeri itu, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda bertitah, rakyat negeri Johor telah menikmati hidup yang selesa dan ‘orang politik’ luar tidak perlu berlagak pandai atau mengajar apa yang negeri Johor patut lakukan.
Baginda bertitah, ini dibuktikan dengan pembangunan dan kemajuan yang dicapai negeri itu sekarang.
Sebagai contoh, jika dilihat 10 atau 20 tahun sebelum ini, kerajaan negeri pernah ketandusan wang untuk melunaskan gaji kakitangan, namun kini, lebihan hasil kerajaan negeri mencecah berbilion ringgit.
Justeru baginda percaya rakyat negeri Johor tidak akan mudah terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang sengaja menakutkan rakyat dengan cerita dongeng yang direka.
“Suka saya ingatkan kepada orang politik di luar Johor supaya jangan masuk campur dalam urusan di negeri ini, dan jangan cuba untuk mengelirukan rakyat saya atau memecah-belahkan perpaduan Bangsa Johor.
“Rakyat di negeri Johor telah menikmati hidup yang selesa, aman dan damai, sehingga ke hari ini. Orang luar tidak perlu hendak tunjuk pandai atau mengajar apa yang patut dibuat,” titahnya.
Tambah baginda, rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan cerita-cerita dongeng yang direka-reka.
“Mungkin orang luar ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu. Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong, pada Khamis.
Turut berangkat dalam majlis berkenaan, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.
Topic Berkaitan
#Bangsa Johor
#ekonomi johor
#politik Johor
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan