Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar memuat naik tweet berbaur peringatan agar mengelak daripada mengeluarkan kenyataan bagi pihaknya.

Ia sebagai respon kepada komen menerusi Twitter yang dibuat oleh Ketua Strategi Bersatu Dr Rais Hussin.

Dr Rais sebelum ini berkata beliau percaya Nurul Izzah sangat komited untuk pembaharuan holistik dan untuk itu Nurul Izzah mesti menarik balik peletakan jawatannya.



Bagaimanapun, jawab Dr Rais beliau tidak berniat untuk menjawab bagi pihak Nurul Izzah, tetapi beliau hanya mengharapkan Nurul Izzah untuk kembali semula bagi meneruskan pembaharuan holistik yang diperjuangkannya.


Pada Isnin, Nurul Izzah Anwar meletak jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan kepada media, Nurul Izzah mengesahkan perkara ini dan menegaskan beliau akan mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga pemilihan seterusnya diadakan.