awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan melampau menghina PAS - Tuan Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2015
10:12 MYT
Jangan melampau menghina PAS - Tuan Ibrahim
TUAN IBRAHIM: Tidak perlu melontar cacian melampau kepada PAS kerana rakyat akan menilainya.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli PAS yang semakin jauh dengan parti agar tidak melampau dalam menghina parti itu.
Beliau dalam posting terbaharu Facebook rasminya berkata, ahli berkenaan perlu ingat bahawa mereka dikenali umum serta memahami perjuangan Islam melalui PAS.
Malah katanya, atas nama PAS juga mereka bertanding serta memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.
Kalangan yang semakin jauh meninggalkan PAS itu juga katanya, sudah diangkat menjadi wakil rakyat dan menikmati gaji, elaun serta pencen.
Ujarnya, setiap kali menerima gaji, elaun atau pencen, mereka perlu ingat ia adalah hasil susah payah PAS yang berusaha untuk memenangkan mereka.
"Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya," katanya.
Tegasnya, masih ramai ahli yang berjuang dengan ikhlas tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang dinikmati golongan berkenaan.
Justeru katanya, tidak perlu melontar cacian melampau kepada PAS kerana rakyat akan menilainya.
Topic Berkaitan
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan