Pergerakan Wanita UMNO meminta desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selaku Timbalan Presiden UMNO dihentikan, sebaliknya memberi sokongan kepada beliau untuk berkhidmat dalam parti.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Muhyiddin mempunyai hak dan tidak melanggar mana-mana peraturan untuk terus memegang jawatan nombor dua dalam parti terbesar orang Melayu itu meskipun digugurkan daripada barisan Kabinet.
"Terpulanglah kepada peribadi masing-masing mereka kepemimpinan tertinggi dalam parti. Cuma yang saya tahu kalau tidak letak jawatan, itu tidak melanggar mana-mana perundangan dan peraturan yang ada," beliau memberitahu sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda di sini.
Tambahnya, tekanan supaya meletak jawatan apabila menjadi pemimpin adalah lumrah dalam politik sepertimana yang turut dirasakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Jadi pada saya, kita tidak perlu suruh Datuk Seri Najib letak jawatan mahu pun Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden. Tidak perlu," ujar Shahrizat.
Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa UMNO perlu kekal stabil ketika situasi politik yang melanda parti pada masa ini.
Pada Khamis, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus yang sebelum ini membatalkan undangan kepada Muhyiddin untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagiannya, dan mendesak bekas Timbalan Perdana Menteri itu meletak jawatan serta bersara daripada arena politik.
Mohd Zalani Md Atan
Sat Aug 08 2015
SHAHRIZAT: Kita tidak perlu suruh Datuk Seri Najib letak jawatan mahu pun Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden. Tidak perlu.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Dua anggota kumpulan Baju Merah direman tiga hari bantu siasatan polis
Dua lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan menghalang tugas polis semasa kekecohan yang berlaku di pusat membeli-belah, Ampang Point, petang semalam.
'Jamal seperti binatang buas, kurung dia!' - Zuraida
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Jamal kini seperti binatang buas dan ganas selain sentiasa mengugut serta membuat ancaman tanpa sebarang kawalan.
Tidak perlu langgar undang-undang walaupun pendapat diraikan - Ermieyati
Sayap UMNO itu memilih untuk melakukan perkara positif berbanding mengadakan perhimpunan yang banyak menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak.
Jamal Baju Merah dakwa ditumbuk 'budak Zuraida'
Dalam kejadian pada petang Ahad itu, Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu berdarah di bahagian hidungnya.
Pengerusi Bersih 2.0 failkan saman fitnah terhadap Jamal Yunus
Chin mendakwa pada 28 Sept lepas, Jamal telah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra.
'Jangan paksa Muhyiddin letak jawatan' - Shahrizat
Sebaliknya, ketua Wanita UMNO itu berkata, sokongan harus diberi kepada Timbalan Presiden UMNO itu untuk berkhidmat dalam parti.