awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas

Bernama
Bernama
11/06/2017
00:31 MYT
Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas
KAYVEAS: Rakyat perlu lebih berhati-hati dalam mengundi. -Gambar fail
Rakyat tidak harus memperjudikan masa depan dengan memilih kerajaan yang salah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.
Beliau berkata situasi 'Parlimen tergantung' yang berlaku di Britain selepas berakhir pilihan raya umum yang menyaksikan kerajaan Parti Konservatif pimpinan Theresa May hilang majoriti di Parlimen, harus dijadikan teladan oleh rakyat Malaysia ketika memilih kerajaan pada PRU akan datang.
Menegaskan bahawa hanya Barisan Nasional (BN) yang boleh memberikan kestabilan berterusan di negara ini, beliau berkata BN merupakan parti kukuh yang berjuang untuk seluruh rakyat selain memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.
"Di Malaysia kita boleh lihat parti-parti pembangkang yang tiada perjuangan untuk rakyat, falsafah atau prinsip, malah menubuhkan parti baharu untuk kepentingan diri sendiri. Dia nak kuasai sahaja, antara mereka bergaduh siapa nak jadi perdana menteri, itu pun belum selesai lagi," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-3 Bahagian Lembah Pantai di sini pada Sabtu.
Kayveas berkata kebanyakan negara gagal apabila tidak mempunyai asas kerajaan yang kukuh.
"Oleh itu rakyat perlu lebih berhati-hati dalam mengundi, kepada siapa mereka undi, siapa yang mereka mahu menjadi pemimpin, " katanya.
Kayveas berkata melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah mencapai pelbagai kemajuan sejak lima tahun lepas.
"Transformasi negara ini adalah besar, kecepatan transformasi yang berlaku adalah yang terpantas jika dibandingkan dengan negara membangun lain dalam melaksanakan sesuatu perkara.
"Rakyat seharusnya mendapat manfaat daripada keadaan ini. Mereka perlu memberi mandat yang kuat kepada pemimpin, yang bermakna sekadar mengundi BN adalah tidak memadai. Kita memerlukan majoriti 2/3 yang baik bagi membawa lebih banyak perubahan dan bagi melihat negara berada di tahap yang berlainan dan mara ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya.
Mesyuarat parti itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama masyarakat sekitar Lembah Pantai. Yang turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kerajaan
#M Kayveas
#Najib Razak
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PRU
#PRU14
#rakyat Malaysia
#Transformasi Nasional 2050
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan